Blog Widget by LinkWithin

25.8.09

Iman = Akhlak. Apakah?


Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, yang menyakini Allah, Maha Esa dan Maha Kuasa. Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa..
- Raihan, Iman adalah mutiara.

Teringat ana pada senikata lagu kumpulan Raihan tatkala ana nak memulakan bicara mengenai IMAN.

IMAN dari segi bahasa ialah percaya.
IMAN dari segi istilah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.

Apa Kepentingan IMAN dalam hidup kita ya akhi?
  1. membentuk insan muslim sejati
  2. supaya istiqomah dalam ibadat
  3. melahirkan genarasi berakhlak mulia.
Ana nak berbicara hari ini ialah, peranan iman dalam mempengaruhi akhlak seseorang muslim. Ulama ramai mengatakan "Akhlak ialah cerminan Iman"

Lemahnya akhlak seseorang individu Islam menggambarkan betapa lemahnya iman di dalam diri seseorang. Ana selak helaian demi helaian sohih Bukhari untuk mencari hadis Rasullullah Saw mengenai peranan akhlak dan iman. Ana terjumpa 1 hadis :

"Demi Allah, dia tidak beriman! Dia tidak Beriman! Dia tidak beriman! seorang sahabat bertanya "siapakah wahai Rasulullah?" Baginda menjawab "orang yang tertangganya tidak berasa aman dengannya"

Kita dapat lihat melalui situasi hadis di atas, perilaku akhlak kita mencerminkan iman kita. Akhlak yang baik datang dari iman yang mantap! akhlak yang buruk, selalu menggangu keamanan orang sekeliling, buat bising tak tentu pasal, merosakkan tanaman orang, menganggu harta orang lain yang bukan miliknya, dan yang paling popular ialah mengeluarkan kata-kata kesat merupakan antara contoh-contoh akhlak buruk yang selalu ana dapat lihat di sekeliling ana.

Ana cuba tegur, sehingga keakhirnya ana hanya mampu menegur dengan doa. Allah Akhbar! (Allah ampunilah dosa hambamu ini).

Teringat ana kepada hadis Rasulullah yang diriyawatkan oleh Imam Muslim. "Ada tiga perkara yang terdapat pada seseorang, maka ia adalah munafik sekalipun dia berpuasa, sembahyang, menunaikan ibadat haji dan umrah, dan mengaku seorang muslim iaitu :
  1. apabila berbicara ia dusta
  2. apabila berjanji tak ditepati
  3. apabila dipercayai ia khianati
Di sini ana menyeru, marilah kita sama-sama perbaiki akhlak kita, perbaiki iman kita. Iman kita perlu usaha mencarinya. Ingat! Iman tidak boleh diwarisi.

Marilah kita sama-sama contohi akhlak Rasulullah, "Akhlak Rasulullah adalah akhlak Al-Quran" . Kita contohi segala-galanya akhlak Rasulullah. Bermula dengan cara bangun tidur sehinggalah cara tidur. Akhlak nabi saw seharian. Moga dengan cara ini, kita dapat perbaiki iman kita.

Sekian, yang baik datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah tapi atas musababab kelemahan diri ana. InsyAllah, apa yang kita dengar,baca dapat kita amal seterusnya dapat kita sampaikan.

Wallahualam.


3 comments:

Mastura MY August 25, 2009 at 7:42 AM  

Iman.. satu perkara yang tidak kelihatan, tp jelas terserlah melalui peribadi.

Buruknya peribadi melambangkan lemahnya iman. Hebatnya iman menyerlahkan indahnya peribadi. Seseorang yang dapat mencicip kemanisan iman, tidak akan pernah merasa penat untuk beribadat, malah sentiasa rindu utk bertemu denganNya. Persoalannya, berapa ramai antara kita yang sempat mencicip kenikmatan iman, manisnya iman, halawatul iman sebelum ajal dtg menjemput??

Rasulullah s.a.w bersabda. “Tiga perkara ; barangsiapa yang pada dirinya terdapat tiga perkara ini, maka dia akan mendapatkan kelazatan iman ; Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada yang lainnya, ia mencintai seseorang hanya karena Allah dan dia benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam neraka” [HR Bukhari dan Muslim)

Moga kita sentiasa berada dalam kelazatan iman.

Wallahu'alam...

~hamba Allah~,  August 25, 2009 at 2:24 PM  

"They only are the true believers whose hearts feel submissive (and humble) when God is mentioned; and when the revelations of God are recited unto them, they (the revelations) increase and strengthen their Faith; and who trust in their Lord, establish the prayer (as enjoined on them) and spend of what We have bestowed on them (in the cause of God). Those are they who are in truth believers. For them are (high) grades (of honor) with their Lord, and a bountiful provision." (Qur'an, 8:2-4)

~hamba Allah~,  August 25, 2009 at 2:33 PM  

Wallahu'alam..

Post a Comment

  © Tema Ini Dicipta Oleh Mohd Hilmi by BakalGuru.com 2009

Back to Klik Untuk Ke Atas