Blog Widget by LinkWithin

30.8.09

Biarlah Seluruh Dunia MemBENCI, Asalkan Allah MenCINTAi.


Assalamualaikum. Apa khabar iman?

Dalam masa 2-3 hari ni, ana asyik saja 'hilang mood'. Ana tak pasti mengapa. Bila ana ingat kembali, mungkin sebab kata-kata belakang orang ramai pada ana, tatkala ana balik ke kampung untuk cuti semester ni.

Balik kali ini, ana bawa perwatakan berbeza dengan ana yang dulu. Ana lupakan diri ana yang dulu, dan bina diri ana yang baru dengan harapan mencari redha Allah swt. Macam-macam yang diperkatakan tentang diri ana. ana diam.

Orang berkata pasal ana. "uish!, ko tengok tu.. bukan main lagi. nak menunjuk ke tu?"
Allah akbar! Tersentak hati ana.

"ya Allah, aku berpakaian mengikut sunnah rasulMu, aku dihina Ya Allah, cara aku bercakap, cara aku berjalan, aku di hina ya Allah. Ampunilah dosaku dan dosa orang-orang sekelilingku, berilah mereka hidayah untuk mengenalMu dan rasulMu"

Malam tadi, (lailan saidan). Ana teringat kata-kata seorang ustaz ana,

"dalam zaman fasyak dan mungkar, apabila kita membuat suruhan Allah, mengikut sunnah Rasul, mesti ada yang tak senang dengan kita. Apa kita boleh buat, kita tarbiyyah mereka, kita dakwah. Buat cara Nabi, insyAllah ada perubahan masyarakat kita"
Kawan ana ada berpesan dengan penuh hikmah, katanya :

Tuhan,
aku makhlukmu yang hina..
tidak berjalan mengikut aturan pencipta seluruh jagat buana.

Tuhan,
maafkan daku yang bersikap sederhana,
entah bagaimanakah akan ku mampu berjalan mengikut kehendakMu wahai Pencipta, wahai Pengarah dunia dan akhirat.

Sedar aku dalam khilaf,
Berjalan aku tanpa sedar,
Terbuai dalam mimpi, namum menggangap diri sedang cuba berubah semampu mungkin.

Seruku pada manusia..

Wahai sang pelakon pentas dunia Tuhan yang Esa,
Kau perlu menumpukan pada arahan Allah !
Kerana bisikan selain Dia tiada apa-apa makna di sisiNya.

Hatimu tidak punya makna,
Dirimu tidak punya makna,
Apa pun yang ada cuma sia-sia kecuali atas arahan Allah !

Tesentuh, bila hati ana membaca nasihat kawan ana ini. Hakikat sebenar, hanyalah pada Allah. Andai kita dapatkaNya, andai kita dapat tambatNya dalam hati. Kita sangat bermakna di sisi Allah.

Ana tak mampu menulis panjang,. Doakan ana semoga terus thabat di jalan ini. InsyAllah, apa yang kita baca, kita fahamkan, dan kita sampaikan. Tutup entri dengan tasbih kifarah.

Read more...

27.8.09

Aku & Ramadhan


"enta, cerita pengalaman enta mase bulan ramadhan, mesti ada kan?"
"ala,,, pengalaman mase kecik2 ke, apa ke. cite lah akhi.. " kata seorang sahabat ana.
Ana mengangguk diam.
Lantas tersenyum, bila ana teringat semula kisah ana dan Ramadhan, memang banyak!
Dari kecil sampai la sekarang.. Pengalaman mengajar erti hidup, Alhamdulillah syukur kepada Allah. Allah Maha Besar!

Ramadhan & Waktu kecil Ana.

Abi : emie, mulai sekarang emi dan besar tau, dah masuk 5 tahun ni, jadi emi kena puasa tau
Ana: Puase? err. kan mie budak-budak lagi, mie tak mau la.
Abi : semua orang islam kena puasa, tak puasa tak boleh raya tau.. (pandai abi pancing)
Ana: hurm.. nak upah boleh? tapi tak nak lama-lama, nak sekejap. Kawan mie kan, dia puasa sampai sampai pukul 1 jek, pastu abi dia dah bagi dia makan. boleh ke macam tu?
Abi : emi nak macam tu ke? boleh, tapi takde upah.. nak?
Ana: alaaa... (jiwa memberontak- budak biasalah)
Abi : baiklah, macam ni.. emi puasa dari sahur sampai pukul 1, abah bagi RM1. Tapi kalau emi buka sebelum pukul 1, emi hutang abah RM2. ok ?
Ana: (melompat!) yea! oke! oke! esok jugak mie puasa..

- Itu ragam ana masa berumur 5 tahun (sekolah tabika). Ana dapat RM1 kalau puase . tapi kena hutang RM2 kalau tak puasa. Best tak? :) . Ditakdirkan, puasa pada kali pertama tu, ana dapat RM20 jek. sebab? sebab ada ada curi-curi makan kat sekolah tabika, kawan ana kantoikan kat abi. alamak... :)

Ramadhan & Waktu Ana Sekolah Rendah

Abi : mie, tahun ni puasa, sebab mie dah besar, jadi upah kurang. tinggal 50 sen jek.
Ana: hmm. boleh la abi. (kesedaran ana mula timbul disebabkan di sekolah ustaz ada cerita kelebihan puasa lebih tinggi dari nilai dunia.)
Abi : (sambil datang dekat ana yang sedang baring di ruang tamu) mie, puasa ni tuntutan Islam, mie tau tak. mie kena latih sekarang tau, kalau abi tak ajar mie dari sekarang nanti dah besar mie susah nak puasa. Ustaz ada cite tak pasal kelebihan puasa kat sekolah?
Ana: ye, mie paham..

Ramadhan & kisah lucu

kisah ni bermula masa ana sekolah dalam darjah 6 (besar tu..), kebetulan pada hari tu, sekolah ana cuti peristiwa manakal umi dan abi ke sekolah macam biasa. sedang ana duduk rumah bosan, ana teringat, umi ada beli tembikai semalam.. dan bermula lah kisah jahat ana.. hehe.


nak tau apa ana fikirkan? ana telah ambil pisau, dan ana tebuk tembikai membentuk sebuah segitiga! ye, ana tebuk dan tarik segitiga tu keluar, ana makan sampai la tinggal kulitnya.

Lepas tu, ana letakkan kembali kulit tadi ditempatnya, jadi semua orang tak perasankan tembikai tu ditebuk? masyaAllah..

Pada petang, sebelum berbuka, umi ana potong-potong tembikai macam lah biasa umi buat, tiba-tiba umi menjerit! "emi!! seni kejap, takde orang lain kat rumah kalau tak emi yg buat!"
dengar je jeritan umi, habis, habis.. kalau ada dinosor, dinosour pon takut bila umi marah (umi ana garang tau)

Jadi pada hari itu, ana di denda, ana tak boleh makan tembikai !

Ramadhan & sekarang

Ramadhan sekarang, sebagai penuntut institusi pengajian tinggi, lain rasanya. Ana kena lebih mujahadah, sebab? sebab ana duduk jauh dengan keluarga.

walaupun jauh, ana masih ada sahabat ana yang sentiasa ceria. Ramadhan kali ini 1430H, merupakan ramadhan kedua ana di institut. Ramadhan kali ini, merupakan ramadhan yang istimewa, limpah kurniaNya,Allah memebri ana rakan yang baik, kuat beribadah kepada Allah, dan sering menasihati ana di jalan dakwah fillah.

Ramadhan kali ini, merupakan titik bermulanya travelog dakwah ana dalam menegakkan syiar Islam, usaha atas iman dan amal. Sekian sahaja serba ringkas mengenai Ramadhan dan diri ana, semoga yang baik dijadikan ikutan yang tidak dijadikan tauladan.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah, tapi atas kelemahan diri ana sendiri. Apa yang kita baca dapat kita amal, seterusnya dapat kita sampaikan. InsyaAllah.

Entri ini khas untuk memori diri ana dan juga untuk cabaran ramadhan 1430H bersama saudara Nueman.

Sebelum tutup entri, mari kita renungkan hadis ini :

Barangsiapa berbuka puasa Ramadhan sehari tanpa rukhsah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, makan tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup .
(Hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim)

Read more...

26.8.09

5 Ramadhan 1430H - Genap Usiaku 20 Tahun.


"alhamdulillah, syukur" Ungkapan pertama selepas masukkan nya waktu magrib 5 Ramadhan.

Alhamdulillah, syukur. Inilah ungkapan yang ana dapat lafazkan tatkala masuknya 5 Ramadhan 1430H. Ketika waktu berbuka puasa. :)

Kenapa ya akhi? Apa yang lainnya hari ni dengan hari-hari Ramadhan lain?

Hari ini berbeza kerana hari ini ialah hari lahir ana, Ya, hari lahirnya ana ke dunia! Tak ramai yang mengingati tarikh kelahiran mereka dalam kalendar Islam.

Boleh diringkaskan serba sedikit mengenai diri ana ialah :

Ismi Mohamad Hilmi Bin Mohd Dan Bin Yusof Bin Ahmad , lahir pada 5 Ramadhan 1410H bersamaan hari ahad, jam 10.01 pagi. Bersamaan juga 1 April 1990.

Terus terang ana mengatakan, ana lebih suka menyambut hari kelahiran ana dengan kalendar Islam. Ana rasa beryukur kepada Allah, dengan limpah dan kurniaNya, pemilik apa yang ada di langit dan bumi, Allah swt masih memberi peluang kepada ana untuk terus thabat dalam jalan ini.

Sambutan hari lahir pada kali ini, ada kelainan yang ana dapat rasakan. Dengan rakan-rakan baru yang sentiasa menjadi sayap kiri ana. Ana ucapkan terima kasih. Syukran !!

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati"
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Jadi pada hari yang mulia, dalam bulan yang dimuliakan Allah. ana telah letakkan 4 kayu ukur untuk pencapaian ana dalam kehidupan ana seterusnya.
  1. Membentuk peribadi dan sahsiah insan >> Mengikut sunnah Rasulullah saw, mencintai sifat-sifat para sahabat nabi saw, kemenangan bersama kesabaran dan sifat pemaaf.
  2. Ibadah >> Istiqomah dalam ibadah, malazimi zikrullah, sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, berdoa untuk saudaranya, mencari keredhaan Alllah.
  3. Hablulminannas (hubungan dengan manusia) >> berlaku adil, ukhwah Islamiah, bantuan kepada yang hampir, Muslim yang afdal, ketulusan ihsan.
  4. Bidang kerjaya dan ekonomi >> Mencari ilmu bermanfaat, galakkan bertani (feveret ana), setiap kebaikan adalah sedekah.
Banyak jika ana nak hurai satu persatu, tapi cukuplah sekadar ringkasan target pencapaian hidup ana. Ana berharap semoga Allah memberkati usaha murni ana, dan sebenar-benar harapan ana hanyalah kepada Allah.

Sebelum ana mengakhiri post pada kali ini, mari kita sama-sama merenung hadis Rasullah saw.

"Perbanyakanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapuskan segala kenikmatan hidup iaitu MATI" (hadis sohih riwayat Tirmizi, Nasaai, Ibn Majah, dan Ibn Nu'aim)

Read more...

25.8.09

Iman = Akhlak. Apakah?


Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, yang menyakini Allah, Maha Esa dan Maha Kuasa. Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa..
- Raihan, Iman adalah mutiara.

Teringat ana pada senikata lagu kumpulan Raihan tatkala ana nak memulakan bicara mengenai IMAN.

IMAN dari segi bahasa ialah percaya.
IMAN dari segi istilah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.

Apa Kepentingan IMAN dalam hidup kita ya akhi?
  1. membentuk insan muslim sejati
  2. supaya istiqomah dalam ibadat
  3. melahirkan genarasi berakhlak mulia.
Ana nak berbicara hari ini ialah, peranan iman dalam mempengaruhi akhlak seseorang muslim. Ulama ramai mengatakan "Akhlak ialah cerminan Iman"

Lemahnya akhlak seseorang individu Islam menggambarkan betapa lemahnya iman di dalam diri seseorang. Ana selak helaian demi helaian sohih Bukhari untuk mencari hadis Rasullullah Saw mengenai peranan akhlak dan iman. Ana terjumpa 1 hadis :

"Demi Allah, dia tidak beriman! Dia tidak Beriman! Dia tidak beriman! seorang sahabat bertanya "siapakah wahai Rasulullah?" Baginda menjawab "orang yang tertangganya tidak berasa aman dengannya"

Kita dapat lihat melalui situasi hadis di atas, perilaku akhlak kita mencerminkan iman kita. Akhlak yang baik datang dari iman yang mantap! akhlak yang buruk, selalu menggangu keamanan orang sekeliling, buat bising tak tentu pasal, merosakkan tanaman orang, menganggu harta orang lain yang bukan miliknya, dan yang paling popular ialah mengeluarkan kata-kata kesat merupakan antara contoh-contoh akhlak buruk yang selalu ana dapat lihat di sekeliling ana.

Ana cuba tegur, sehingga keakhirnya ana hanya mampu menegur dengan doa. Allah Akhbar! (Allah ampunilah dosa hambamu ini).

Teringat ana kepada hadis Rasulullah yang diriyawatkan oleh Imam Muslim. "Ada tiga perkara yang terdapat pada seseorang, maka ia adalah munafik sekalipun dia berpuasa, sembahyang, menunaikan ibadat haji dan umrah, dan mengaku seorang muslim iaitu :
  1. apabila berbicara ia dusta
  2. apabila berjanji tak ditepati
  3. apabila dipercayai ia khianati
Di sini ana menyeru, marilah kita sama-sama perbaiki akhlak kita, perbaiki iman kita. Iman kita perlu usaha mencarinya. Ingat! Iman tidak boleh diwarisi.

Marilah kita sama-sama contohi akhlak Rasulullah, "Akhlak Rasulullah adalah akhlak Al-Quran" . Kita contohi segala-galanya akhlak Rasulullah. Bermula dengan cara bangun tidur sehinggalah cara tidur. Akhlak nabi saw seharian. Moga dengan cara ini, kita dapat perbaiki iman kita.

Sekian, yang baik datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah tapi atas musababab kelemahan diri ana. InsyAllah, apa yang kita dengar,baca dapat kita amal seterusnya dapat kita sampaikan.

Wallahualam.


Read more...

21.8.09

Perjuangan Itu Pahit

Blog Lelaki Akhir Zaman
Bersama Sebarkan Islam! Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, MySpace, Blog dll

Read more...

20.8.09

Selamat Datang Ramadhan 1430H




Ramadhan adalah bulan Al Quran dan kebaikan. Ibnu Abbas mengatakan, “Saya tidak pernah melihat orang yang lebih baik lagi daripada Rasulullah, dan dia adalah orang yang paling murah hati ketika Jibril membacakan Quran dengannya.”

Teringat kata ustaz Muhsinul tadi " sesiapa yang bawak hp, sms kawan-kawan ajak datang bais. Kita ada majlis yasin."

hurm.. :( sedih hati ni, bila lihat ramai muslimin masih leka, sedangkan esok Ramadhan. Para sahabat nabi, ulama, semua apabila di sebut kedatangan Ramadhan, semua senyum dan gembira,. sujud syukur sebab mereka berpeluang bertemu Ramadhan.. Tetapi kenapa masih ada rakan-rakan ana yang 'enjoy' dan leka serta lupakan surau..

Misi ana belum selesai.. selagi semua muslimin tak dapat hadir berjamaah di mana tempat azan dilaungkan dan muslimat tidak dapat menutup aurat dengan sempurna,, ana akan teruskan perjuangan ana!! Allah Akhbar!!

Ramadhan Mubarak untuk kita semua. Kami memohon kepada Allah swt agar senantiasa membimbing kita melakukan perbuatan baik, dan berkenan menerima ibadah shaum dan doa kita.

Imam Malik biasanya menutup semua buku hadis dan fiqihnya pada bulan Ramadhan dan mendedikasikan waktunya untuk Al Quran sepanjang bulan ini.

Allah swt berfirman bahwa Ramadhan adalah bulan di mana Al Quran diturunkan. Jadi, pembukaan Quran dimulai pada bulan Ramadhan.



Maka, saudara-saudariku, kita harus fokus pada Al Quran selama bulan suci ini. Janganlah kita pernah lupa bahwa Ramadhan adalah bulan di mana banyak peperangan besar terjadi, seperti perang yang biasa saja, perang Badar, dan juga penaklukan kota Mekkah yang terjadi pada bulan ini. Juga ada peperangan besar yang menyelematkan bangsa Muslim dari kejahilan bangsa Mongol, yaitu pada perang Ayn Jalut.



Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara Muslim kami dari penjara para tiran, dan berkahilah mereka dengan rahmatmu. Ya Allah, terima lah perbuatan baik kami dan maafkanlah kesalahan-kesalahan kami selama ini. Amiin.


Read more...

19.8.09

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular

Dapatkan Gambar Ini Disini
Bersama Sebarkan Islam! Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, MySpace, Blog dlln

Read more...

17.8.09

Mujahidah & Peranan Dalam Dakwah Islam




Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dapat dilihat kesepaduan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam melakukan amal dakwah ke arah Islam dan pengukuhan hukum-hukumnya.




Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.




p/s: doakan semoga kesihatan rakan ana yang berada di wad sekarang. Semoga beliau cepat sembuh. Moga dapat terus membantu ana dalam mengerjakan dakwah fillah..

Read more...

Bahaya Lidah dan Keutamaan Diam!

“Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik, atau (jika tidak), diamlah “. (HR. Bukhori dan Muslim)

Ketajaman lidah mengalahkan ketajaman pedang yang mampu membelah besi dan daya penghancur (rusak)nya sangat kuat mengalahkan cuka dalam merusak madu yang manis, seperti diriwayatkan Ibnu Abi Dunya, Rasulullah saw bersabda:”Tidak ada satupun jasad manusia, kecuali pasti kelak akan mengadukan lidah kepada Allah atas ketajamannya”.

Lidah adalah salah satu kenikmatan yang besar yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya, padanya terdapat kebaikan yang banyak dan kemanfaatan yang luas bagi siapa yang menjaganya dengan baik dan mempergunakannya sebagaimana diharapkan syari’at. Dan padanya pula terdapat kejelekan yang banyak dan bahaya yang besar bagi siapa yang meremehkannya (membiarkannya) lalu digunakannya pada jalan atau tempat yang tidak semestinya.

Padahal Allah Ta’ala menciptakan lisan (lidah) itu agar digunakan untuk zikrullah (menyebut Asma Allah), membaca Al Quran, menasehati manusia dan mengajak mereka kepada jalan Allah dan ketaatan serta memperkenalkan kepada mereka tentang kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah SWT.



Maka jika si hamba mempergunakan lidahnya untuk tujuan tersebut, maka dia tergolong orang yang bersyukur kepada Allah atas nikmat lidah itu sendiri. Tapi jika sebaliknya, digunakan bukan pada jalan kebenaran seperti disebutkan di atas, maka dia adalah orang yang berbuat zalim lagi melampaui batas.


p/s: maaf dari ana buat sahabat2 yang mana ana guriskan perasaan secara sedar atau tidak sedar.

Read more...

16.8.09

Pertemuan Kerana Allah. Manis.


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Read more...

15.8.09

Muzakarah diri.. Sahabat Ku.. Sahabat Kerana Allah

Read more...

14.8.09

Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya :
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan :

"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya :

"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?
Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."




Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari
jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap
perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali
ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi
kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini
adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Nota : Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

Read more...

13.8.09

Ustaz Mohamad Asri Ibrahim (Vokalis Rabbani) meninggal dunia.


Berita yang sedikit menyayat hati di mana vokalis utama kumpulan nasyid tersohor, Kumpulan Rabbani yakni Ustaz Mohamad Asri Ibrahim telah disahkan meninggal dunia lebih kurang beberapa jam lalu akibat komplikasi jantung yang dialami beliau. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya itu di Hospital Pantai, Bangsar, Petaling Jaya.

Beliau dikatakan jatuh pengsan ketika memberikan ucapan dalam sidang media program "Syahadah" di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 10.30 pagi tadi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwayarham Ustaz Mohamad Asri Ibrahim.

Read more...

Al-Fatihah.. Pembuka Bicara

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, blog Khirzam berjaya dihasilkan :) . Semoga dengan lahirnya blog ini, bertambah lah lagi platform dakwah Islam di dunia ini.

Tujuan blog ini di hasilkan adalah untuk kita bersama-sama berdakwah dan mengajak manusia ke arah Islam yang sebenar. Mengenali Islam dengan lebih dekat..

Antara aktiviti yang akan kami jalankan di dalam blog ini adalah :

  1. Pertukaran link antara blog-blog muslimin muslimat.
  2. Perkongsian artikel/pendapat
  3. Perkongsian karikatur berunsur Islam
  4. Radio Islam (internet radio)
  5. Video Islam
  6. Lagu berunsur Islam (nasyid,surah pilihan,doa)
  7. Buletin Halawatul Iman (edisi setiap bulan)
  8. dan perlbagai lagi....
PENGUMUMAN!!

Kami Hargai setiap idea dan pandangan anda terhadap Buletin halawatul Iman. Disini kami ingin memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar Muslim untuk berkarya bersama kami.

Setiap sumbangan anda yang terpilih akan dikongsi bersama di dalam penerbitan akan datang. wasalam..

Read more...

  © Tema Ini Dicipta Oleh Mohd Hilmi by BakalGuru.com 2009

Back to Klik Untuk Ke Atas