Blog Widget by LinkWithin

31.12.09

Siapa Ainul Mardhiah?


Sebelum masuk tahun baru 2010 ni, tiba-tiba jiwa ana terasa nak sangat-sangat update khirzam.. setelah sekian lama ana tak update, sampai kawan ana sendiri tegur.. (enta, update la blog, dah berhabuk tu..)..

Hari ini, ana tertarik dengan satu kisah, yang mana kisah ini terlalu popular, sehinggakan dinyayikan oleh kumpulan UNIC.. iaitu, Ainul Mardhiah.

SIAPA AINUL MARDIAH?


Namanya membawa maksud “Mata yang diredhai”. Pandangannya jatuh umpama pelangi. Susuknya indah, jauh lebih sempurna dari segala wanita di dunia. Kecantikannya bukan bayangan manusia…Cuma untuk memilikinya, perlu menitiskan darah sebagai syuhada!

Itulah dia ‘Ainul Mardhiah. Bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari lain di syurga.

Suatu pagi di bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda kepada pengikutnya dan para sahabat.

“Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiah”

Mendengar berita itu, seorang sahabat yang sangat muda usianya merasa teruja. Ingin ditanya tentang bidadari tersebut pada Rasululullah, tapi dia merasa malu.Sebelum keluar berperang, mereka tidur dan pemuda itu bermimpi.

Dia bermimpi bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik. Lalu ditanya, apakah namanya tempat ini. “Inilah syurga” jawab lelaki itu. Lalu dia menyatakan hasratnya ingin berjumpa Ainul Mardhiah. Setelah diberitahu, dia berjalan dan berjumpa pula dengan seorang wanita yang kecantikannya tiada di dunia. Pemuda itu memberi salam dan bertanya “Andakah Ainul Mardhiah?” Jawab wanita rupawan itu, “Bukan, saya hanya khadamnya.”

Setelah itu, dia memasuki sebuah mahligai indah tidak terperi dan terjumpa seorang wanita yang lebih cantik dari tadi. Tapi apabila ditanya, wanita itu ternyata hanya khadam Ainul Mardhiah. Sampailah dia menaiki anak-anak tangga mahligai permata, dia menemui seorang perempuan yang sangat cantik paras dan susuknya. Malahan berkali ganda lebih cantik dari dua wanita tadi.

Wanita itu tersenyum sambil berkata “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untukmu” Sebaik saja dia ingin mendekati wanita itu, Ainul Mardhiah melarang dan berkata “Jangan, jangan kau dekati aku kerana engkau belum syahid lagi!”

Serentak itu, pemuda tadi terbangun. Sebelum berangkat ke medan perang, dia menceritakan mimpi aneh itu pada salah seorang sahabat. Pesannya, “Jangan ceritakan pada Rasulullah sehingga aku menemui syahid.”

Ditakdirkan Allah SWT, pemuda itu gugur syahid. Petangnya, sahabat tadi menceritakan kepada Rasulullah tentang segalanya. Dan Rasulullah berkata “Benar, segalanya benar dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani Ainul Mardhiahnya.”


Subhanallah!

Read more...

21.12.09

Klip dokumentari Al Quran dan Sains



Pengajaran dari Surah Al-Mulk

Read more...

1.10.09

Tugas Rasul Allah

Semua nabi dan rasul sama ada yang disebutkan dalam al-Quran atau tidak adalah mengajar kepercayaan agama yang sama iaitu agama Allah yang dinamai dengan ISLAM.

Justeru itu, semua nabi dan rasul itu beragama Islam. Begitu juga dengan pengikut mereka. Nabi Muhamad swt adalah satu-satunya rasul yang telah melengkapkan dan mendaulatkan agama Islam di muka bumi untuk seluruh umat manusia dan digunapakai dalam semua zaman. sedangkan rasul-rasul lain hanya diberi tugas untuk membimbing kaum-kaum tertentu sahaja pada masa-masa tertentu.

Surah Ali Imran ayat 164 menunjukkan kita tugas Rasulullah yang perlu diteruskan oleh umatnya. Allah berfirman yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Dan marilah kita ikuti Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”

Read more...

Carilah CINTA hatimu di 3 tempat

Khirzam : Lelaki Akhir Zaman
Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, MySpace, Blog dll

Read more...

9.9.09

Malam Lailatul Qadar

Dapatkan Gambar Di Sini
Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, MySpace, Blog dll

Read more...

8.9.09

Mari Kita Hidupkan 10 Malam Terakhir

1) Mencari malam al-Qadar (kemuliaan)


Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)



Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)



Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)



Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)



Aisyah bertanya Nabi SAW : “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)



2) I’tikaf


I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan i’tikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sehingga wafat.



Berdasarkan praktik Rasulullah SAW itu, menunjukkan kelebihan dan keutamaannya mengatasi malam-malam yang lain.



Bahkan baginda turut membangunkan ahli keluarganya agar turut beri’tikaf bersama-sama.



Syarat sah i’tikaf :


- Islam, berakal, tidak junub, bersih daripada haid dan nifas;

- Niat – i’tikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat;
- Dilakukan di dalam masjid.



Perkara yang membatalkan iktikaf


- Keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja;
- Murtad;
- Hilang akal kerana gila atau mabuk;
- Datang haid atau nifas;
- Jimak;



Perkara yang sunnat dilakukan ketika i’tikaf


- Memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.
- Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.



3) Solat-Solat Sunnat

a) Solat Tahajjud
Maksud Firman Allah : Dan pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (al-Isra : 79)



Solat tahajjud ialah solat malam sekurang-kurang 2 rakaat yang didirikan selepas bangun tidur, walaupun tidurnya sebentar.



Masanya selepas solat Isyak sehinggalah masuk waktu subuh. Tetapi waktu paling utama ialah pada akhir malam atau waktu sahur.



b) Solat Tasbih


Ia berdasarkan hadith panjang yang diriwayatkan Ibnu Abbas, berkenaan tawaran Nabi kepada pakciknya Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu solat yang memberi keampunan 10 jenis dosa :
- Dosa terdahulu dan terkemudian;
- Dosa lama dan baru;
- Dosa sengaja atau tidak;
- Dosa besar atau kecil;
- Dosa tersembunyi atau kelihatan.



Caranya sama seperti solat biasa. Solat tasbih didirikan pada waktu siang dengan 4 rakaat 1 salam, manakala waktu malam didirikan dengan 4 rakaat 2 salam.



Hanya diselangi dengan tasbih seperti pembahagian berikut :
- Selepas Fatihah dan surah – 15 kali tasbih;
- Ketika rukuk – 10 kali tasbih;
- Setelah bangkit dari rukuk – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud pertama – 10 kali tasbih;
- Semasa duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud kedua – 10 kali tasbih;
- Dalam duduk rehat bangun sujud sebelum berdiri rakaat kedua – 10 kali tasbih



Jumlahnya 75 kali tasbih satu rakaat bersamaan 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bacaan tasbihnya ialah :


سبحان الله والحمد لله ولآإله إلا الله والله أكبر



c) Solat Taubat


Apabila seseorang hendak bertaubat, disunnatkan supaya mendirikan solat 2 rakaat ini.

Sabda Nabi SAW : Seorang lelaki yang melakukan satu dosa kemudian ia bangun berwudhu, bersolat 2 rakaat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan mengampunkan dosanya”. Lalu baginda membaca ayat dari Surah Ali Imran ayat 135-136.



Kaifiatnya sama seperti solat biasa.



f) Solat Hajat


Solat hajat boleh didirikan pada waktu siang atau malam.


Apabila kita berhajat terhadap sesuatu urusan, bermohonlah kepada Allah SWT, dan yang paling baik melalui solat hajat sekurang-kurangnya dua rakaat.


Tiada had jumlah rakaat untuk melakukannya. Begitu juga tiada kaifiat khusus ditetapkan.



g) Solat Witir


Witir ertinya ganjil. Ia dilakukan sebagai penutup bagi solat malam. Boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat.



Waktunya selepas solat isyak dan berakhir dengan waktu subuh. Witir dalam bulan Ramadhan disunnatkan dengan berjamaah.



Sekiranya solat witir sudah dilakukan pada awal malam, dan kemudian bangun lagi pada akhir malam untuk mendirikan solat sunnat lain, maka tidak perlu lagi mendirikan witir dihujungnya kerana Nabi memerintahkan witir hanya dilakukan sekali sahaja pada setiap malam.



Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dengan satu solat yang lebih baik bagi kamu berbanding harta yang banyak, iaitu solat witir. Dirikanla di antara solat isyak sehingga terbit fajar” (HR Abu Daud, Ibnu Majah & at-Tirmizi)



4) Membaca al-Quran


- Membaca al-Quran di dalam solat adalah waktu yang utama;
- Jika membaca di luar solat, waktu paling utama ialah pada waktu malam. Waktu selepas tengah malam menjadi lebih utama berbanding awal malam;
- Jika membaca pada waktu siang, waktu paling utama ialah selepas solat subuh;
- Hari-hari terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis, hari arafah, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan;
- Bulan terbaik membacanya ialah bulan Ramadhan.



Adab Membaca al-Quran


- Ikhlas kerana Allah, bukan kerana yang lain;
- Membersihkan mulut sebelum membaca;
- Khusyuk, tadabbur, dan rendah diri;
- Sunnat pada ayat yang seharusnya menangis;
- Melihat mashaf lebih utama daripada hafalan jika itu lebih mendatangkan khusyuk;
- Menyaringkan suara lebih utama jika tidak menimbulkan riak atau mengganggu orang;
- Memperindahkan suara bacaan;
- Membaca dengan menjaga hukum tajwid;
- Menjaga batas-batas waqaf dan ibtida’;



Kelebihan Membaca al-Quran


Hadith berkenaannya sangat banyak. Antaranya sabda Nabi SAW :Sesiapa yang membaca al-Quran 50 ayat sehari semalam, ia tidak termasuk orang yang lalai. Sesiapa membaca 100 ayat, ia termasuk orang yang patuh kepada Allah. Sesiapa membaca 200 ayat, ia tidak diminta keterangan oleh al-Quran pada hari qiamat. Sesiapa membaca 500 ayat, dicatat baginya pahala yang banyak”. (HR Ibnu Sunni)



5) Solawat keatas Nabi SAW


Maksud Firman Allah : Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah solawat dan salam yang sempurna kepadanya.” (al-Ahzab : 56)



Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)



“Seseorang amat hina, jika namaku disebut di sisinya, ia tidak bersolawat kepadaku” (HR at-Tirmizi)

Sekurang-kurang solawat ialah :أللهم صل على محمد



6) Doa dan Zikir


Maksud sabda Nabi SAW : Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)



Sesungguhnya pada malam itu ada satu saat, tidaklah ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat, melainkan permohonannya diterima. Hal ini berlaku setiap malam” (HR Muslim)



Nabi ditanya : Doa manakah yang paling diperhatikan Allah? Baginda menjawab : “Doa pada tengah malam dan selepas solat fardhu”.



Dua kalimah, ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai Tuhan iaitu : Subhanallah wabihamdihi, subhallahil ‘azim”



“…bacaan alhamdulillah memenuhi timbangan amal, subhanallah dan alhamdulilah kebaikannya sepenuh langit dan bumi..” (HR Muslim)



Read more...

7.9.09

Iklan Islam? Berapa Banyak?

Assalamualaikum wbt. Ramadhan Kareem!! :)
Hari ini merupakan hari nuzul Al-quran? masih ingatkah anda semua ?

  • Masih ingatkah anda dengan Islam?
  • Lupa? kenapa?
Sekarang, ana lihat di mana-mana saja, iklan mengenai keagunan Islam kurang dipamer, malah iklan 'mega sales- jualan hari raya' lebih banyak.. Sedih.

Sungguh menderita manusia yang tidak dapat memahami Islam dan belum mendapat petunjuk untuk sampai kepadanya. Sesungguhnya Islam patut diserukan dan disiarkan sebagaimana popularnya iklan-iklan yang berunsur hiburan semata-mata, yang jauh tersasar daripada Islam.

Islam perlu kepada sebuah iklan dunia yang besar-besaran kerana Islam adalah sebuah khabar berita yang agung!

Dan seruan kepadanya hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan penuh etika kerana kebahagiaan manusia tidak akan ditemui kecuali dalam agama yang benar dan kekal ini.

"Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya.... (Ali-Imran :85)
Kisah : Peranan Iklan & Islam

Terdapat seorang pendakwah muslim yang sangat terkenal tinggal di Kota Munich, Jerman. Di pintu masuk kota itu terdapat sebuah papan iklan besar yang memuatkan kalimah dalam bahasa Jerman yang beerti "Anda belum mengetahui indahnya Yokohama!"

Pendakwah tadi meletakkan sebuah papan iklan yang besar di samping papan iklan tadi. Di dalamnya tertulis " Anda belum mengetahui Islam, jika anda ingin mengetahuinya, maka hubungilah kami di nombor telefon ini!"

Maka, berderinglah telefon dari berbagai wilayah dan daerah yang terdapat di Jerman. Hingga selama setahun terdapat kira-kira seratus ribu (100,000) orang Jerman lelaki mahupun perempuan yang masuk Islam melalui pendakwah tadi. Kemudian pendakwah tadi telah mendirikan sbuah masjid, Islamic Centre dan Lembaga Pendidikan.

Sesungguhnya manusia berada dalam kebingungan dan sangat memerlukan agama yang agung ini sehingga mereka dapat menikmati rasa aman, kedamaian dan ketenangan.

Iktibar dari peristiwa tersebut, ana menyeru kalian semua umat Islam supaya bersama-sama iklankan Islam kepada rakan-rakan kita yang masih lalai dibuai mimpi dunia sekular ini. Bersama-sama kita membantu menegakkan syiar Islam!

InsyaAllah, apa yang kita dengar, kita baca dapat kita amalkan seterusnya dapat kita sampaikan. Amiin.

Read more...

30.8.09

Biarlah Seluruh Dunia MemBENCI, Asalkan Allah MenCINTAi.


Assalamualaikum. Apa khabar iman?

Dalam masa 2-3 hari ni, ana asyik saja 'hilang mood'. Ana tak pasti mengapa. Bila ana ingat kembali, mungkin sebab kata-kata belakang orang ramai pada ana, tatkala ana balik ke kampung untuk cuti semester ni.

Balik kali ini, ana bawa perwatakan berbeza dengan ana yang dulu. Ana lupakan diri ana yang dulu, dan bina diri ana yang baru dengan harapan mencari redha Allah swt. Macam-macam yang diperkatakan tentang diri ana. ana diam.

Orang berkata pasal ana. "uish!, ko tengok tu.. bukan main lagi. nak menunjuk ke tu?"
Allah akbar! Tersentak hati ana.

"ya Allah, aku berpakaian mengikut sunnah rasulMu, aku dihina Ya Allah, cara aku bercakap, cara aku berjalan, aku di hina ya Allah. Ampunilah dosaku dan dosa orang-orang sekelilingku, berilah mereka hidayah untuk mengenalMu dan rasulMu"

Malam tadi, (lailan saidan). Ana teringat kata-kata seorang ustaz ana,

"dalam zaman fasyak dan mungkar, apabila kita membuat suruhan Allah, mengikut sunnah Rasul, mesti ada yang tak senang dengan kita. Apa kita boleh buat, kita tarbiyyah mereka, kita dakwah. Buat cara Nabi, insyAllah ada perubahan masyarakat kita"
Kawan ana ada berpesan dengan penuh hikmah, katanya :

Tuhan,
aku makhlukmu yang hina..
tidak berjalan mengikut aturan pencipta seluruh jagat buana.

Tuhan,
maafkan daku yang bersikap sederhana,
entah bagaimanakah akan ku mampu berjalan mengikut kehendakMu wahai Pencipta, wahai Pengarah dunia dan akhirat.

Sedar aku dalam khilaf,
Berjalan aku tanpa sedar,
Terbuai dalam mimpi, namum menggangap diri sedang cuba berubah semampu mungkin.

Seruku pada manusia..

Wahai sang pelakon pentas dunia Tuhan yang Esa,
Kau perlu menumpukan pada arahan Allah !
Kerana bisikan selain Dia tiada apa-apa makna di sisiNya.

Hatimu tidak punya makna,
Dirimu tidak punya makna,
Apa pun yang ada cuma sia-sia kecuali atas arahan Allah !

Tesentuh, bila hati ana membaca nasihat kawan ana ini. Hakikat sebenar, hanyalah pada Allah. Andai kita dapatkaNya, andai kita dapat tambatNya dalam hati. Kita sangat bermakna di sisi Allah.

Ana tak mampu menulis panjang,. Doakan ana semoga terus thabat di jalan ini. InsyAllah, apa yang kita baca, kita fahamkan, dan kita sampaikan. Tutup entri dengan tasbih kifarah.

Read more...

27.8.09

Aku & Ramadhan


"enta, cerita pengalaman enta mase bulan ramadhan, mesti ada kan?"
"ala,,, pengalaman mase kecik2 ke, apa ke. cite lah akhi.. " kata seorang sahabat ana.
Ana mengangguk diam.
Lantas tersenyum, bila ana teringat semula kisah ana dan Ramadhan, memang banyak!
Dari kecil sampai la sekarang.. Pengalaman mengajar erti hidup, Alhamdulillah syukur kepada Allah. Allah Maha Besar!

Ramadhan & Waktu kecil Ana.

Abi : emie, mulai sekarang emi dan besar tau, dah masuk 5 tahun ni, jadi emi kena puasa tau
Ana: Puase? err. kan mie budak-budak lagi, mie tak mau la.
Abi : semua orang islam kena puasa, tak puasa tak boleh raya tau.. (pandai abi pancing)
Ana: hurm.. nak upah boleh? tapi tak nak lama-lama, nak sekejap. Kawan mie kan, dia puasa sampai sampai pukul 1 jek, pastu abi dia dah bagi dia makan. boleh ke macam tu?
Abi : emi nak macam tu ke? boleh, tapi takde upah.. nak?
Ana: alaaa... (jiwa memberontak- budak biasalah)
Abi : baiklah, macam ni.. emi puasa dari sahur sampai pukul 1, abah bagi RM1. Tapi kalau emi buka sebelum pukul 1, emi hutang abah RM2. ok ?
Ana: (melompat!) yea! oke! oke! esok jugak mie puasa..

- Itu ragam ana masa berumur 5 tahun (sekolah tabika). Ana dapat RM1 kalau puase . tapi kena hutang RM2 kalau tak puasa. Best tak? :) . Ditakdirkan, puasa pada kali pertama tu, ana dapat RM20 jek. sebab? sebab ada ada curi-curi makan kat sekolah tabika, kawan ana kantoikan kat abi. alamak... :)

Ramadhan & Waktu Ana Sekolah Rendah

Abi : mie, tahun ni puasa, sebab mie dah besar, jadi upah kurang. tinggal 50 sen jek.
Ana: hmm. boleh la abi. (kesedaran ana mula timbul disebabkan di sekolah ustaz ada cerita kelebihan puasa lebih tinggi dari nilai dunia.)
Abi : (sambil datang dekat ana yang sedang baring di ruang tamu) mie, puasa ni tuntutan Islam, mie tau tak. mie kena latih sekarang tau, kalau abi tak ajar mie dari sekarang nanti dah besar mie susah nak puasa. Ustaz ada cite tak pasal kelebihan puasa kat sekolah?
Ana: ye, mie paham..

Ramadhan & kisah lucu

kisah ni bermula masa ana sekolah dalam darjah 6 (besar tu..), kebetulan pada hari tu, sekolah ana cuti peristiwa manakal umi dan abi ke sekolah macam biasa. sedang ana duduk rumah bosan, ana teringat, umi ada beli tembikai semalam.. dan bermula lah kisah jahat ana.. hehe.


nak tau apa ana fikirkan? ana telah ambil pisau, dan ana tebuk tembikai membentuk sebuah segitiga! ye, ana tebuk dan tarik segitiga tu keluar, ana makan sampai la tinggal kulitnya.

Lepas tu, ana letakkan kembali kulit tadi ditempatnya, jadi semua orang tak perasankan tembikai tu ditebuk? masyaAllah..

Pada petang, sebelum berbuka, umi ana potong-potong tembikai macam lah biasa umi buat, tiba-tiba umi menjerit! "emi!! seni kejap, takde orang lain kat rumah kalau tak emi yg buat!"
dengar je jeritan umi, habis, habis.. kalau ada dinosor, dinosour pon takut bila umi marah (umi ana garang tau)

Jadi pada hari itu, ana di denda, ana tak boleh makan tembikai !

Ramadhan & sekarang

Ramadhan sekarang, sebagai penuntut institusi pengajian tinggi, lain rasanya. Ana kena lebih mujahadah, sebab? sebab ana duduk jauh dengan keluarga.

walaupun jauh, ana masih ada sahabat ana yang sentiasa ceria. Ramadhan kali ini 1430H, merupakan ramadhan kedua ana di institut. Ramadhan kali ini, merupakan ramadhan yang istimewa, limpah kurniaNya,Allah memebri ana rakan yang baik, kuat beribadah kepada Allah, dan sering menasihati ana di jalan dakwah fillah.

Ramadhan kali ini, merupakan titik bermulanya travelog dakwah ana dalam menegakkan syiar Islam, usaha atas iman dan amal. Sekian sahaja serba ringkas mengenai Ramadhan dan diri ana, semoga yang baik dijadikan ikutan yang tidak dijadikan tauladan.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah, tapi atas kelemahan diri ana sendiri. Apa yang kita baca dapat kita amal, seterusnya dapat kita sampaikan. InsyaAllah.

Entri ini khas untuk memori diri ana dan juga untuk cabaran ramadhan 1430H bersama saudara Nueman.

Sebelum tutup entri, mari kita renungkan hadis ini :

Barangsiapa berbuka puasa Ramadhan sehari tanpa rukhsah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, makan tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup .
(Hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim)

Read more...

Ukhwah Fillah

Blog Khirzam (Lelaki Akhir Zaman) dilahirkan atas matlamat 'risaukan ummat'. Ana akan cuba sedaya upaya ana untuk membawa semua ummat Islam kearah kegemilangan yang hakiki. Dengan Allah kami percaya & yakin! Usaha atas iman dan amal. InsyAllah.

  © Tema Ini Dicipta Oleh Mohd Hilmi by BakalGuru.com 2009

Back to Klik Untuk Ke Atas