Blog Widget by LinkWithin

26.8.09

5 Ramadhan 1430H - Genap Usiaku 20 Tahun.


"alhamdulillah, syukur" Ungkapan pertama selepas masukkan nya waktu magrib 5 Ramadhan.

Alhamdulillah, syukur. Inilah ungkapan yang ana dapat lafazkan tatkala masuknya 5 Ramadhan 1430H. Ketika waktu berbuka puasa. :)

Kenapa ya akhi? Apa yang lainnya hari ni dengan hari-hari Ramadhan lain?

Hari ini berbeza kerana hari ini ialah hari lahir ana, Ya, hari lahirnya ana ke dunia! Tak ramai yang mengingati tarikh kelahiran mereka dalam kalendar Islam.

Boleh diringkaskan serba sedikit mengenai diri ana ialah :

Ismi Mohamad Hilmi Bin Mohd Dan Bin Yusof Bin Ahmad , lahir pada 5 Ramadhan 1410H bersamaan hari ahad, jam 10.01 pagi. Bersamaan juga 1 April 1990.

Terus terang ana mengatakan, ana lebih suka menyambut hari kelahiran ana dengan kalendar Islam. Ana rasa beryukur kepada Allah, dengan limpah dan kurniaNya, pemilik apa yang ada di langit dan bumi, Allah swt masih memberi peluang kepada ana untuk terus thabat dalam jalan ini.

Sambutan hari lahir pada kali ini, ada kelainan yang ana dapat rasakan. Dengan rakan-rakan baru yang sentiasa menjadi sayap kiri ana. Ana ucapkan terima kasih. Syukran !!

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati"
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Jadi pada hari yang mulia, dalam bulan yang dimuliakan Allah. ana telah letakkan 4 kayu ukur untuk pencapaian ana dalam kehidupan ana seterusnya.
  1. Membentuk peribadi dan sahsiah insan >> Mengikut sunnah Rasulullah saw, mencintai sifat-sifat para sahabat nabi saw, kemenangan bersama kesabaran dan sifat pemaaf.
  2. Ibadah >> Istiqomah dalam ibadah, malazimi zikrullah, sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, berdoa untuk saudaranya, mencari keredhaan Alllah.
  3. Hablulminannas (hubungan dengan manusia) >> berlaku adil, ukhwah Islamiah, bantuan kepada yang hampir, Muslim yang afdal, ketulusan ihsan.
  4. Bidang kerjaya dan ekonomi >> Mencari ilmu bermanfaat, galakkan bertani (feveret ana), setiap kebaikan adalah sedekah.
Banyak jika ana nak hurai satu persatu, tapi cukuplah sekadar ringkasan target pencapaian hidup ana. Ana berharap semoga Allah memberkati usaha murni ana, dan sebenar-benar harapan ana hanyalah kepada Allah.

Sebelum ana mengakhiri post pada kali ini, mari kita sama-sama merenung hadis Rasullah saw.

"Perbanyakanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapuskan segala kenikmatan hidup iaitu MATI" (hadis sohih riwayat Tirmizi, Nasaai, Ibn Majah, dan Ibn Nu'aim)

3 comments:

adilah md shah August 26, 2009 at 6:07 AM  

Ya Allah kurniakan keredhaan, keampunan dan kasih sayangmu kepadanya. Berikan kepadanya ketenangan jiwa yang tidak putus-putus, kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan ini .Dan ingatlah, semakin umurmu bertambah, semakin dekatlah kamu kepada kematian.



"Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya". (HR Tarmizi)

Mohamad Hilmi August 26, 2009 at 11:08 AM  

syukran ya enti..

enti memang banyak bantu ana.. syukran! :)

~hamba Allah~,  August 26, 2009 at 5:05 PM  

salam ramadhan...
just wanna share..

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

~wallahua'lam~
mintak maaf di atas segala kekurangan

Post a Comment

  © Tema Ini Dicipta Oleh Mohd Hilmi by BakalGuru.com 2009

Back to Klik Untuk Ke Atas