Blog Widget by LinkWithin

7.9.09

Iklan Islam? Berapa Banyak?

Assalamualaikum wbt. Ramadhan Kareem!! :)
Hari ini merupakan hari nuzul Al-quran? masih ingatkah anda semua ?

  • Masih ingatkah anda dengan Islam?
  • Lupa? kenapa?
Sekarang, ana lihat di mana-mana saja, iklan mengenai keagunan Islam kurang dipamer, malah iklan 'mega sales- jualan hari raya' lebih banyak.. Sedih.

Sungguh menderita manusia yang tidak dapat memahami Islam dan belum mendapat petunjuk untuk sampai kepadanya. Sesungguhnya Islam patut diserukan dan disiarkan sebagaimana popularnya iklan-iklan yang berunsur hiburan semata-mata, yang jauh tersasar daripada Islam.

Islam perlu kepada sebuah iklan dunia yang besar-besaran kerana Islam adalah sebuah khabar berita yang agung!

Dan seruan kepadanya hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan penuh etika kerana kebahagiaan manusia tidak akan ditemui kecuali dalam agama yang benar dan kekal ini.

"Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya.... (Ali-Imran :85)
Kisah : Peranan Iklan & Islam

Terdapat seorang pendakwah muslim yang sangat terkenal tinggal di Kota Munich, Jerman. Di pintu masuk kota itu terdapat sebuah papan iklan besar yang memuatkan kalimah dalam bahasa Jerman yang beerti "Anda belum mengetahui indahnya Yokohama!"

Pendakwah tadi meletakkan sebuah papan iklan yang besar di samping papan iklan tadi. Di dalamnya tertulis " Anda belum mengetahui Islam, jika anda ingin mengetahuinya, maka hubungilah kami di nombor telefon ini!"

Maka, berderinglah telefon dari berbagai wilayah dan daerah yang terdapat di Jerman. Hingga selama setahun terdapat kira-kira seratus ribu (100,000) orang Jerman lelaki mahupun perempuan yang masuk Islam melalui pendakwah tadi. Kemudian pendakwah tadi telah mendirikan sbuah masjid, Islamic Centre dan Lembaga Pendidikan.

Sesungguhnya manusia berada dalam kebingungan dan sangat memerlukan agama yang agung ini sehingga mereka dapat menikmati rasa aman, kedamaian dan ketenangan.

Iktibar dari peristiwa tersebut, ana menyeru kalian semua umat Islam supaya bersama-sama iklankan Islam kepada rakan-rakan kita yang masih lalai dibuai mimpi dunia sekular ini. Bersama-sama kita membantu menegakkan syiar Islam!

InsyaAllah, apa yang kita dengar, kita baca dapat kita amalkan seterusnya dapat kita sampaikan. Amiin.

Post a Comment

Ukhwah Fillah

Blog Khirzam (Lelaki Akhir Zaman) dilahirkan atas matlamat 'risaukan ummat'. Ana akan cuba sedaya upaya ana untuk membawa semua ummat Islam kearah kegemilangan yang hakiki. Dengan Allah kami percaya & yakin! Usaha atas iman dan amal. InsyAllah.

  © Tema Ini Dicipta Oleh Mohd Hilmi by BakalGuru.com 2009

Back to Klik Untuk Ke Atas